Panduan Elak Sihir




Soalan : -

Ustaz,saya telah memulakan perniagaan kira-kira enam bulan yang lalu dengan membuka sebuah warung makanan. Pada mulanya perniagaan berjalan lancar tetapi setelah dua bulan, perniagaan mula merosot. Adakalanya saya hanya mendapat sebanyak RM20 sehari. Lauk-pauk yang banyak terpaksa dibuang begitu sahaja.
Saya ada memanggil dukun untuk menengokkan perniagaan saya. Kata dukun tersebut, ada orang yang telah menyihir saya. Kemudian baru saya teringat saya pernah terjumpa sebuah bungkusan yang mengandungi tanah dan beberapa barangan lain ditinggalkan di kedai saya dan saya terus membuangnya ke dalam tong sampah.
Saya ingin meminta nasihat daripada ustaz, apakah amalan-amalan yang patut saya buat bagi menghindari perbuatan sihir seperti ini.



Jawapan :

Pertamanya, perlu lebih berhati-hati dalam berjumpa, mendapatkan dan percaya dengan dukun-dukun. Ini kerana Nabi SAW pernah mengingatkan : 

"Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan tukang tenung ( bagi mendapatkan bantuan berkaitan ghaib), kemudian mempercayai ramalan si tukang/dukun tadi, maka ia (yang pergi berjumpa itu) telah pun kufur dengan agama Nabi Muhammad SAW " ( Riwayat Al-Bazar & Abu Ya'la, Albani : Sohih, Ghayatul Maram)     

Kedua : Bagi melindungi diri dari sihir, yang terbaik adalah anda sentiasa menjaga solat lima waktu serta meningkatkan kualiti solat. Membaca al-Quran dan zikir  secara berterusan dan komited. Ini ternyata dari firman Allah ertinya :

" Sesungguhnya tidak ada kekuasaan bagimu (Syaitan) terhadap hamba-hambaKu, kecuali (kamu punyai kuasa) ke atas mereka yang mengikut kamu, iaitu orang-orang yang sesat"
(Al-Hijr:42)


Juga satu lagi firman Allah SWT ertinya : 

"Sesungguhnya Syaitan itu tidak ada kekuasaannya atas orang-orang yang beriman dan bertawakkal kepada Tuhannya"
(An-Nahl :99)


Sebelum saya menyebut beberapa ayat yang boleh di amalkan bagi mengelak sihir, sesorang itu perlulah jelas beberapa fakta terlebih dahulu :-

1) Kewujudan sihir telah diiktiraf oleh Allah SWT di dalam al-Quran dan boleh datang dalam pelbagai bentuk.

2) Sihir boleh termasuk dalam perkara yang membawa sesuatu manfaat atau kejahatan . Ia berdasar firman Allah :

 " ... Mereka mengamalkan apa yang diajarkan oleh syaitan pada masa kerajaan Sulayman. Padahal Sulayman itu bukanlah dari golongan orang yang ingkar. Mereka mengajarkan manusia ilmu sihir, yang diturunkan kepada kedua malaikat di negeri Babel, iaitu Harut dan Marut. Sedang keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang pun sebelum mengatakan "sesungguhnya kami hanya cubaan dan janganlah kamu kufur dan menyalah gunakan ".Tetapi manusia mempelajari dari keduanya dan digunakan (mengikut ajaran syaitan) untuk mencerai beraikan suami isteri.... Bahkan mereka yang ingkar akan merasakan yang amalannya itu semata mata menyakitkan dan tidak memanfaatkan mereka pun"(Al-Baqarah :102)

3) Sihir tidak boleh berfungsi dan memberi sebarang kesan kecuali dengan izin Allah SWT,ia dari firman Allah SWT :

 "..Sesungguhnya mereka tidak dapat membinasakan sesiapa pun tanpa keizinan Allah.
(Al-Baqarah :102)


4) Amaran Allah dan RasulNya bagi pengamal ilmu sihir :-
Ertin firman Allah: 

" Oleh itu mereka akan ketahui dengan sepenuhnya sesiapa yang mengamalkan ilmu sihir, tidak akan mendapatkan bahagian yang baik di hari Akhirat kelak. (Al-BAqarah :102)

Sabda Nabi SAW tentang dosa besar sihir :
Ia berdasarkan hadith nabi SAW :  Ertinya :

 "Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) " ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih

3) Ayat al-Kursi selepas solat (iaitu surah Al-Baqarah ayat 255)

Dalilnya :

من قرأ آية الكرسي دبر كل صلاة لم يمنعه من دخول الجنة إلا أن يموت ( رواه النس )

Ertinya : "Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga" (Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan sanad salah satu antaranya Sohih. Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah Ibn Hibban, Abul Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn Hajar, Al-Qaradawi (Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Selepas Solat Fardhu, no 890, 1/426)

4)Membaca doa ini dengan setiap hari iaitu 3 kali :"Bismillahillazi La Yadhurru Ma'asmihi Syai un Fil Ardi Wala Fisamaie, wa huwas Sami'ul ‘Alim".

Dalilnya :-

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( ما من عبد يقول في صباح كل يوم ومساء كل ليلة : " بسم الله الذي لا يضرّ مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء , وهو السميع العليم ",  ثلاث مرات , إلا لم يضره شيء )) : (رواه ابو داود والترمذي )

Ertinya : Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : "Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui" sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya)) (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)

5) Membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam

من قرأ بالآتين من آخر سورة البقرة في ليلة كفتاه (رواه الشيخان )

Ertinya : "Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir ( ayat no 285 dan 286 ) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya"(Al-Bukhari & Muslim)

6) Membaca zikir : "La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ‘ala kulli syai'in Qodir "  ( sepuluh kali )

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من قال : لا إله إلا الله وحده لا شريك له , له الملك وله الحمد , يحي ويميت وهو على كل شيء قدير عشر مرات على إثر المغرب بعث الله مسلحة يحفظونه من الشيطان حتى يصبح , وكتب الله له عشرحسنات موجبات , ومحى عنه عشر سيئات موبقات , وكانت له بعدل عشر رقاب مؤمنات . (الترمذي )

Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa menyebut : " Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu"sebanyak seratus kali selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar. Dan ia standing dengan membebaskan 10 hamba wanita islam." (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW , no 3534 , hlm 802 ; At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)

7) Membaca : " A'uzu bikalimatillah at-Tammati min syarrima Khalaq"

أما لو قلت حين أمسيت : (( أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق )) , لم تضرك  (رواه مسلم وأبو داود)

Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang : (( Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk)) , nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. ( Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225 )



Computer Test

Assalamualaikum and Hi :')


Nampak tak title dekat atas tu?Hihi,actually 22/03/2012 aku pergi amik ujian komputer untuk dapatkan lesen motor *yang dah ada lesen boleh duduk diam diam okay* . Lepas je aku balik sekolah,kelam kabut mandi,solat and siap siap nak pergi Sri Muda,tapi nasib baik ada abang yg dekat kedai lesen tu hantarkan,sumpah cuak gila kowt nak amik computer test,sebab nya jiran aku tak ikut sekali amik computer test,sebab ada hal,so terpaksa aku pergi sorang sorang.Lebih kurang pukul 3 macam tu,abang tu hantar aku,tapi before hantar aku dekat Sri Muda tu,dia ada ambil lagi sorang kawan ni,tapi dia dah lepas computer test,dia buat QTI pulak,lepas tu aku sampai dekat tempat yg nak ambil ujian komputer tu lebih kurang 3.20 macam tu lah,aku pun naik dekat pejabat,aku nampak banyak gila kerusi kat situ,tapi takde orang pun,tengok tengok ada dua orang pekerja ni,sorang India,sorang lagi Cina,Ya Allah sumpah diorang ni kerek gila lah *Sorry mengumpat* dah lah datang datang tu dia tanya "nak apa?"aku pun cakap lah "nak amik computer test" then dia cakap "tengok nama ada ke tak"? *dia tak senyum langsung okay* Lepas dh check nama dia suruh pergi dekat cina sebelah dia tu,lagi kerek tahap gaban,mintak ic macam marah marah pun ada,lepas tu jeling sana jeling sini *cucuk mata tu karang baru tahu* lepas dah mintak ic dia tanya ni kali pertama or dah banyak kali,so cakap lah kali pertama,then dia cakap "bak RM 10" *weyh mintak elok elok lah lain kali* lepas je dah selesai semua tu,dia suruh masuk dekat dalam tempat yg banyak komputer tu *aku meja no 4* lepas tu aku blurr gila nak buat apa,then aku baca arahan elok elok,lepas tu time isi ic tu,boleh pulak aku salah tulis ic,nasib baik aku check balik ic aku *time tu cuak sebenarnya* lepas dah sudah baca arahan semua ada ujian buta warna *tak boleh salah satu pun okay* alhamdulillah aku pass semua ujian buta warna.Lepas tu ujian buta warna,ada ujian huruf pulak,alhamdulillah lepas jugak.*Sekarang tiba masa aku nak lebih cuak lagi* 50 soalan KPP,aku baca soalan betul betul and jawab sampai aku tak sedar aku dah soalan ke 50,aku buat tu 13 minit lebih,sebenarnya aku nak check balik,lepas tu aku pun bijak sangat pergi tekan "tamat ujian" dan seterusnya.Lepas tu keluar result,aku tak nampak sebenarnya result aku berapa,tapi yang aku nampak markah lulus 42/50,then aku keluar mintak slip keputusan aku,then aku check balik aku punya markah berapa,lepas check,aku lari keluar sebab aku dapat 45/50,aku terus call ibu aku,kakak yg kerja dekat tempat lesen tu,lepas tu ayah aku and last sekali abang yang hantar aku tadi,happy gila sebab kalau gagal kena repeat balik membazir weyh,kena tambah lagi rm 40 memang tak lah.Lepas tu yang spoil mood aku sebab abang tu datang lambat,dekat sejam aku tunggu,nasib baik ada wifi kat situ,so aku pun online lah sementara tunggu abang tu datang kan.Tapi serius aku cakap,aku takut pergi Sri Muda tu sorang sorang sebab nya,orang kat situ kebanyakan nya India dan Indonesia,diorang pandang je,memang aku dah tak sedap hati dah,tapi aku takde lah pandang diorang sangat sebab aku takut.Pukul 4.30 macam tu kowt baru abang tu datang.Lepas tu dia hantar aku sampai rumah.

Kelantan 110312-130312

Assalamualaikum and Hi :')


Lamanya tak update blog,lama?Boleh tahan jugak lah lama,korang pun sama kan tak rajin update blog?Haha,gurau je.K balik kepada title dekat atas,hari ahad hari tu bersamaan 110312 aku pergi Kelantan.Jauh tak aku melarikan diri,haha joke je,actually sedara aku kahwin,tak caya nya dia dah kahwin,padahal baru berapa bulan balik dari study dekat Jerman,balik balik terus dipertemukan jodoh dengan kak sha,kitorang satu family kecuali abang aku gerak gi KLIA lebih kurang pukul 8 macam tu,lepas subuh semua terus siap nak gerak gi airport,nasib baik aku ada jiran yang bawak teksi,so mintak tolong dia hantarkan kitorang gi airport,kitorang sampai sana dalam pukul 9 macam tu lah,flight kitorang boarding pukul 10.20,tapi kena ada dekat departure station.Lebih kurang pukul 10 macam tu kitorang masuk lah dekat balai perlepasan tu,tak ramai manusia agaknya kat situ,then,tetiba aku nampak ada sami kowt,tapi dia budak lagi lah,tengah syok baca kitab dia,aku pun tak tahu apa yang dia baca,HAHA,lebih kurang pukul 10 macam tu,pekerja kat situ suruh kitorang beratur sebab nak masuk dekat kapal terbang dah.Kat dalam kapal terbang kan kan,ada sorang mat salleh ni,asyik asyik pandang and tangkap gambar sorang stewardess ni,tahu lah stewardess tu lawa,tapi jangan lah over sangat amik gambar dia senyap senyap,aku nampak weyh apa kau buat.Haha.Kat dalam kapal terbang tu lagi aku fed up,boleh pulak ada sorang budak ni menangis dari waktu nak berlepas sampai lah kat Kelantan tu dia menangis,eh eh lepas tu bila mak dia cakap dah nak sampai dah,terus senyap and tidur,err,budak ni mengada betul =___=' and ada sorang anak cina yang memekak jugak dekat dalam kapal terbang tu,tension weyh tension,kena pulak orang kat belakang ni asyik nak marah je pasal budak dua orang yang memekak tu,okay tension habis,lepas sampai,ramai kowt yg mengata pasal budak tu termasuk aku,hihi,tapi cakap dalam hati and luahkan dalam blog ni je lah.Memang nak cari nahas lah kalau aku cakap depan mak budak tu.Lepas je dah sampai dekat Sultan Ismail Petra punya airport,family aku pun tunggu sedara aku sampai dekat sejam,memang pisang tau tunggu diorang lama macam ni -,- Lepas sedara aku dtg ambil,kitorang terus gerak pergi rumah pengantin perempuan,rumah dia lawa <3 baru aku faham kenduri dekat Kelantan macam mana,diorang tak buat majlis perkahwinan macam dekat Kuala Lumpur,diorang kat Kelantan ni buat kenduri kahwin time hari kerja,aku ingat tak ramai yang datang,rupanya ramai,sebab diorang lunch dekat rumah pengantin,lepas je kitorang dah selesai makan,ada sesi photography pulak,kay semua bajet cun and macho,haha gurau je.Lepas majlis dah habis,kitorang gerak balik rumah sedara aku,ramai sedara aku yang tidur sana,yeah happy ada kawan <3 .Lepas maghrib,tak de kenduri apa apa,cuma ada jiran datang sebab nak tolong memasak untuk kenduri hari Isnin pulak,yang aku and sedara sedara yang lain pergi ber-barbeque dekat luar rumah,haha.Seronok seyh jumpa sedara.Lepas dah habis ber-barbeque solat isyak,ada yang dah tidur ada belum,yang aku memang asyik bukak facebook,twitter,blog,kalau bawak buku pergi sana pun,memang tak membaca pun gamaknya.HIHI.Aku tidur lebih kurang pukul 1 lebih macam tu,bagus sungguh anak dara tidur lambat :') Esok nya aku terlambat bangun *PADAN MUKA* tulah padah nya tidur lambat,aku terbangun pukul 6.55,memang kelam kabut ambil wudhuk and solat subuh,lepas subuh memang aku tak boleh nak tidur balik,so aku pun pergi bukak laptop sebab malas nak menolong dekat dapur *jahat nya aku* aku ingat pagi pagi tu bosan kalau bukak twitter,facebook and blog,ye lah sebab manusia manusia ni tidur lagi,nasib baik ada hidayahrosni dengan fitri yang layan tweet aku pagi tu,haha,so takde lah boring sangat,memang merepek meraban pagi tu,lebih kurang pukul 12 macam tu aku siap siap sebab ingat kenduri start awal,rupa rupanya tetamu datang pukul 11 lebih,pengantin datang pukul 3,*tak sama macam Kuala Lumpur okay* then aku masuk bilik balik main laptop,then tertidur,aku memang senang tertidur waktu panas,hihi.Lepas tu sedar dah pukul 1 lebih,kebetulan dah masuk waktu zohor,solat terus pakai tudung balik sambil tu menunggu pengantin datang *buat muka comel* .Memang tepat pukul 3 pun pengantin sampai,sebab aku tengok jam waktu tu,bagus nya tepat waktu.Tak lama lepas tu kaklong(sedara aku) suruh layan tetamu,actually,aku tak faham sangat loghat diorang,aku hanya mampu tersenyum je lah sambil bagi cenderahati.Lepas tu aku ajak family aku keluar pergi rantau panjang,nasib baik orang dah tak ramai,so boleh lah keluar,kitorang gerak before asar,tengah dalam perjalanan tu,kebetulan dah masuk waktu asar,kitorang berhenti kat sebuah masjid yang memang superb lawa :'),aku tak tahu masjid tu nama apa,tapi aku panggil masjid Beijing *main hentam je lah* .Lepas habis solat,kitorang teruskan perjalanan ke rantau panjang.Sampai sana banyak kedai dah tutup *buat muka sedih* tapi nasib baik kedai baju jerssey tu tak tutup,aku nak beli jerssey dengan seluar kat situ.Lepas tu yang adik aku pulak demand beg,yang aku demand beg,tak dapat dapat pulak *buat muka sedih lagi* Lebih kurang pukul 6.30 macam tu,kitorang balik rumah.Betul betul kitorang sampai rumah dah masuk waktu maghrib,cepat cepat ambil wudhuk and solat berjemaah.Lepas je solat,ramai ramai tolong kemas kemaskan khemah and pinggan mangkuk.Lepas isyak terus tidur,esok nya aku bangun awal *buat muka happy* pukul 6.30 aku bangun,awal ke?Awal lah kan?Bangun je amik wudhuk,solat subuh and siap siap nak balik rumah *HOME SWEET HOME* pukul 8.15,lepas je dah habis breakfast,sedara aku hantar kan kitorang gi airport,sampai sana terus check in and tunggu panggilan masuk untuk naik flight.Flight kitorang pukul 9.55,masuk je dalam pesawat,ada budak kembar duduk belakang aku,comel :') *kanak kanak ye,bukan remaja* Tak lama before pesawat nak landing,boleh pulak kembar kat belakang aku tu bergaduh sampai cakar cakar muka,okay itu comel tapi sakit.Lepas tu mak dia taknak biarkan diorang terus bergaduh,mak dia pun duduk tengah tengah,last last kembar tu pun tertidur.Comel sangat diorang,nak cubit pipi diorang.Lepas je sampai kat airport,takde siapa yang dapat ambil kitorang,mula mula minta tolong dengan kawan ayah aku,tapi sebab dia tengah busy kerja,so ayah aku malas nak kacau,last last terpaksa suruh teksi hantar kan sampai kat rumah,memang aku lentok ar dalam teksi tu,haha.Lepas sampai kemas kemas barang semua,lepas tu terus tolong ibu masak.Husyh,panjang nya aku menaip,penat dah pun.Okay sampai di sini sahaja yang aku dapat story mory,aku malas nak masuk kan gambar sebab banyak and lama nak tunggu habis upload.Kbye,Assalamualaikum and have a nice day :')

Yeah Exam dah habis !

Assalamualaikum and hi,


Happy sangat sebab dah habis EXAM,tapi tak boleh nak happy sangat sebab SPM tak lepas lagi.Last paper tadi akaun.Alhamdulillah boleh tahan senang jugak lah soalan dia.Hope dapat result yang bagus.Hari ni dapat dua paper,first ekonomi asas,alhamdulillah dapat 82,second dapat paper addmath,kay teruk sebab dapat 58.Tapi dah usaha,so kena terima lah apa yang kita dapat.Kena usaha lebih lagi.Kalau boleh SPM nanti nak jugak merasa dapat straight A's.Harap harap lah boleh dapat,nanti boleh bangga kan parents aku.Kay berangan kejap.Btw,esok dah cuti sekolah.Whoaaa,best nya,bukan apa,sebab tahun ni,tahun terakhir aku nak merasa cuti sekolah,tahun depan dah tak dapat dah,time sekolah best sebab banyak cuti sekolah.Haha,and kepada budak budak yang bersekolah,HAPPY HOLIDAY'S DAY.Korang mesti suka kan??Mesti dah plan nak pergi mana mana kan?Yang aku pulak esok kena datang sekolah sebab ada program.Yeah seronok tau =__= .Takpe lah demi teacher and demi aku punya EXAM.Okay lah sampai di sini sahaja aku nak story mory,hihi,hope korang enjoy with korang punya holiday :')

Kawad Kaki Peringkat Sekolah :D

Assalamualaikum :')


Alhamdulillah hari ni pengakhiran latihan kawad kaki peringkat sekolah sebab hari ni ada Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah :') Pagi tadi pukul 5.15 dah bangun sebab nak iron baju uniform dengan nak siapkan aksesori lain macam collar dot,hackle,beret,lencana poket,etc.Lebih kurang dalam pukul 6.30 macam tu gerak gi tapak pasar sebab nak latih kawad lagi.Lebih kurang dalam pukul 7.15 macam tu kitaorang dah start berlatih kawad and formasi.Boleh pulak diorang nak tambah slogan dekat dalam formasi tu,memang tak pening agaknya nak mengingat step formasi nanti.Tapi try jugak buat sampai mantap supaya semua ingat.Lebih kurang pukul 8 lebih macam tu dah masuk kawasan sekolah.Semua badan beruniform berkumpul kat situ.Tak sure pukul berapa,ada pemeriksaan pakaian,memang tak lama nak kena berdiri.nasib baik tahun ni time pemeriksaan pakaian agak mudah.Sebab orang yang periksa pakaian kitaorang tu tak banyak tanya,kalau tahun lepas siap tengking tengking pun ada,kurang ajar betul tahu tak.Kitaorang badan beruniform yang ke 6 kena kawad.Ya Allah,sumpah agak cuak gak lah.Tapi kitaorang kuat kan semangat.Masa yang diberikan untuk kawad adalah selama 12 minit sahaja?Bertek,sekejap gila kan?Tapi kitaorang terlebih masa pulak.Takpe lah,dah formasinya complicated sangat,orang dah cakap suruh buat simple simple tak nak.Anyway,benda dah lepas,tak pelah.Lepas je dah selesai kawad,sumpah lega tahap gaban.Memang melompat lompat lah time tu,hehe.Lepas tu cikgu suruh kumpul dekat tempat kawad tadi sebab nak umumkan siapa pemenang.Ada 2 kategori untuk kawad kaki sekolah ni,kategori GO dengan NGO.Actually,tahun lepas kitaorang masuk NGO,tapi tahun ni cikgu gi masukkan dekat GO,okay sumpah geram gila,dah lah kat NGO pun dah susah nak lawan PBSM,ni kan cikgu letak dekat GO,lagi lah nak kena fight dengan KPA,POLIS and BOMBA.Kay,sumpah geram!Tapi alhamdulillah dapat tempat KETIGA,waktu NGO dulu dapat NAIB JOHAN.Lepas je dah ambil hadiah tu,kitorang pun ada sesi photography.Tapi kan yang kitorang geram,lepas habis sesi photography,boleh pulak cikgu suruh budak budak KRS angkat kerusi,meja.Apa guna ada Quarter Master kat sekolah kalau kitaorang yang kena buat semua tu?Bertek betul lah.Aku sah lah memang tak gi menolong.Haha,gi jumpa kawan then tangkap gambar sama sama bagai,lepas tu amik medale terus balik rumah.Tahun ni tahun terakhir aku kawad,memang puas sebab dapat meraih jugak kemenangan walaupun masuk kategori GO.
Okay lah sampai di sini sahaja dapat share story :)




Terserlah kegelapan muka aku



Yeah!Dapat no 3





Hadiah kawad tahun 2011 and 2012



Hadiah kawad tahun 2011 and 2012

Tuition Math (010312)

Assalamualaikum :)

Dah lama rasanya tak update blog ni,kesian dia dah berhabuk.fuhh fuhh.
Sebenarnya nak story mory pasal tuition math hari ni,kay dalam banyak banyak hari yg aku tuition,aku paling suka hari khamis and ahad,sebab subjek math and akaun.Tapi aku nak cerita pasal tuition math hari ni.Sepanjang aku tuition kat tempat tuition aku tu,aku jarang ar bercakap dengan budak budak sekolah lain selain dari sekolah aku.Cuma hari ni cikgu suruh budak sekolah 18 tolong bagi tunjuk ajar lah kat budak budak sekolah lain yang belum exam,so diorang pun baik giler tolong ajar kan kitaorang.Ada sorang budak ni nama dia Fitri,dia yang ajar aku buat math tadi,aku dah lah tengah ngantuk sebab penat kawad,then aku cakap kat dia yang aku malas nak buat,last last dia buat sampai siap graf tu,weyh kawan,terima kasih,nanti aku belanja kau choki choki okay.Lepas je graf dah siap tu,aku sambung lah buat subtopic yang lain,yang mana aku tak faham tu dia ajarkan.Sambil kitaorang ramai ramai bincang tu.boleh pulak si Ajrul,Ajiem dengan Fitri ni(Diorang memang BFF lah)bersembang pasal video yang diorang buat,aku blurr giler kenapa yg lain gelak tapi aku tak gelak sebab aku tak faham sebenarnya apa yang diorang tengah cerita,lepas tu aku tanya Fitri,video apa yang korang buat,then dia cakap video 3 suara.Tapi bukan lagu beribu sesalan.Lagu saat terakhir,video diorang not bad lah,suara diorang memang merdu.Lepas tu diorang cerita pasal satu lagi video diorang,lagu janji,okay video tu sumpah lawak giler.Baru aku tahu kenapa diorang gelak.Then kitaorang gelak ramai ramai.Memang budak form 5 lah paling bising.#CehhKononSenior lah.Hahha.Okay lah sampai di sini sahaja aku dapat share :') Assalamualaikum