LAST PAPER ! [06/12/2012]


ASSALAMUALAIKUM DAN HAI :')

Apa khabar ? Sihat ? hmmm, harini nak cerita pasal last exam SPM, ye lah saya sedar saya habis exam paling lewat, but saya happy ! Haha. Dah lah masa exam, dengar si Ameen jerit jerit masa bawak motor, takpe watlek watchill. Jawab dengan tenang tanpa memikirkan keadaan sekeliling. Last paper last paper ! Habis paper pukul 4, then before balik tu Yoon(ketua kelas) nak bagi jersey yang kitorang tempah. Yeah, jersey saya wajib number 43 ! Tak boleh sesiapa pun ambil number tu. Balik tu Addin ambil. Oh yeah, Addin tu tunang saya. Haha, okay, tak gurau pun. Serius lah. Then, dia ajak saya ronda ronda area seksyen 19. Tak kisah lah dekat ke jauh ke, yang penting dah lega sikit lepas dah habis paper, tapi tak boleh nak lega sangat selagi result tiada di genggaman. Dalam kereta memang borak macam macam lah dengan Addin. Dah sampai kat rumah, nak turun, dan tiba tiba aku gedik sangat nak tangkap gambar, ye lah, last day kan pakai baju sekolah. Haha.



What chu want ? 
Imma be happy girl with the funny boy. Haha
:*:*:*:*:*:*:*:*:*:*:*

Kami comel. kbye :)
Addin was excited when I excited :*:*
Muka budak excited dah habis exam



Happy Kids :P

Lepas je dah masuk rumah, terus siap siap ke pizza hut, sebab dapat voucher free, and lagipun nak makan pizza sebab last day Aida(classmate) dengan kitorang.Pukul 5.45 gerak, sebab Aisyah dan Damia datang rumah saya. So gerak sama sama. Sampai sana, tak semua yg dapat datang, ada lah dalam 20 orang yang datang.














Family Day PKNS 2012

Assalamualaikum and Hi :')

Hari Sabtu (24/11) ada family day dekat Kompleks Sukan Kelana Jaya. Anjuran PKNS. Pagi tu gerak pukul 7 lebih sebab hujan lebat, rasa tak semangat je nak pergi family day. Lepas tu singgah office along kejap sebab nak ambil kupon dia yang tertinggal kat office -,- Lepas dah ambil kupon, terus gerak pergi Kompleks Sukan Kelana Jaya. Dah sampai kat sana tunggu family adik ayah sebab ada kupon lebih, so ajak lah diorang sekali. Sampai sana pukul 8 lebih kowt. Still hujan lagi masa tu, but redah je lah sebab ada payung. TAK LECAKKKKK tau padang. Haha, basah kasut. Serius masa tu tak ramai orang. Then, duduk je lah bawak khemah. Pukul 9 lebih macam tu hujan dah reda, baru mula majlis perasmian hari keluarga. Sementara tunggu orang terhormat habis berucap, aku ajak adik jalan jalan dekat khemah khemah yang ada macam macam aktiviti, first pergi dekat khemah yang ada macam macam haiwan, serius banyak kowt arnab dekat situ, haisyh comel nya, tengah seronok tengok tu, aku pandang lah tepi, YA ALLAH ! Macam mana aku boleh tak sedar ada orang pegang ular kat sebelah aku, nasib tak menjerit je, kalau menjerit, aku rasa, lagi lah orang tu letak ular dekat leher aku. MEMANG NAK agaknya -,- Then, aku tangkap je lah gambar ular kat dalam bekas tu. GELI gila. Then, masa tengah tengok tu, ada lah 3 orang budak yang acah acah HOT datang dekat tempat yang banyak haiwan tu. Dia gedik gedik nak pegang ular, then, orang yang pegang ular tu bagi lah kat budak tu, boleh pulak dia jerit jerit and berlari, SENGAL -,- kalau takut tu, buat je lah cara takut ! Hahhh, lepastu adik aku pulak nak pegang ular, then orang tu letak lah dekat leher dia, dia boleh rilex je dan aku yang beria ria ketakutan -,- and lepas adik aku pegang ular, ada lagi sorang budak kecil nak pegang juga ular tu, and yang paling aku seram bila dia cium ular tu. Gila lah dia berani, tak macam aku -,- Lepastu, aku patah balik pergi dekat khemah tempat duduk. Adik aku dengan saudara pergi main mainan apa benda tah, sampai borong hadiah bukan main banyak lagi, tak lama lepas tu, ada Angah dengan Syuib Raja Lawak. Memang seronok gila lah bila diorang jadi pengacara, itu kalau Jozan, tak tahu lah. Memang gempak habis dibuatnya. Macam macam aktiviti sukan lah ada, tapi aktiviti untuk orang yang umur 18 ke atas, selalu ada aktiviti untuk 17 tahun ke bawah, tapi sebab hujan, so tak dapat nak buat. Then, pukul 11 lebih macam tu dapat KFC sebab untuk lunch, makan KFC. Then, lucky draw. Habis lucky draw, terus balik. Balik tu memang dah penat gila, terus tidur.

Lepak-ing

Assalamualaikum and Hi :')

Hari Khamis (22/11) jumpa Hidayah, serius rindu gila dekat dia sebab dah lama tak jumpa dia, actually nak pergi rumah makcik, but dia tak buka pintu, so pergi lah rumah Hidayah, dia tak tahu pun yang saya nak datang rumah dia, ketuk pintu then panggil dia, dia keluar, terus menjerit sebab tak sangka best friend dia ni datang sebab tak call. Haha. SUPRISE ! So, apa lagi, lepak lah, SEKEJAP tau kitorang lepak, macam macam nak story, rindu punya pasal, sampai balik lambat, mula mula nak balik pukul 7.30, tapi ada pasar malam, karang tak dapat nak balik pulak sebab jalan kena block. Hehe, so terpaksa balik awal, balik je rumah nenek, nenek perli "ingat dah tak reti nak balik rumah" haha. baiklah nenek. And balik tu mesti atuk dengan nenek akan tanya pasal "makan" yeahhh, makan tu sangat wajib untuk cucu dia, kalau tak memang kena bising. And balik tu, dapat jumpa Fatehah Qistina, serius rindu dia, hahhh apa lagi, kitorang berkepit je lah. Memang tak dapat nak berpisah dah, nak pergi mana je, Fatehah akan ikut. Then nak keluar dari rumah nenek, Fatehah siap tolak saudara yang lain sebab nak ikut keluar jugak, bawa lah dia jalan jalan area rumah nenek, bukan main seronok lagi budak kecil tu. Then saja lah berhenti depan rumah kawan nenek, terus masam muka dia, pandai ehhhh ? :> Bila ajak jalan semula, terus ceria balik -,- haha. Budak budak kan. Haisyhhh, bila lah nak kahwin and ada anak ni. Okay, merepek pulak #2017 insyaAllah. Haha




SPM Victim

Assalamualaikum,

Lama gila tak update blog, dah berhabuk dah. HIHI. Maklumlah SPM Victim lah katakan, ceyhh. Alhamdulillah setakat ni dah 7 paper lepas, tinggal lagi 2 paper, Prinsip Perakaunan (28/11) and Ekonomi Asas (6/12) then MERDEKA ! MERDEKA ! MERDEKA! haha, tapi bak kata abang Fitri Aiman, jangan nak fikir cepat habis je, karang ke laut jawab exam.Okay okay, i will do the best for SPM. Wish me luck :') . Lepas SPM nanti dengan penuh semangat nak bakar semua buku, jyeahhh. Bukan tak sayang buku buku tu, tapi dah bersepah dan penuh sangat almari dengan buku buku, kalau bakar, cantik banyak pemandangan bilik tu. Hihi. 

S O R R Y !

Assalamualaikum and Hi :)

Serius dah lama sangat tak update blog ni, dah berhabuk dah blog ni ! Hihi :) 
Hahhh, perkataan sorry tu ingin saya tujukan kepada kakak saya iaitu Kak Rosmadiani atau kak dya sebab adik tak dapat datang rumah akak T_T disebabkan oleh hal hal tertentu. Sorry, dah dua kali nak pergi rumah akak, tp tak kesampaian. Actually nak je merempit pergi rumah akak, tapi mesti parents tak bagi ............
Teringin nak jumpa akak, rindu sangat dekat akak, rindu nak rasa kek kakak. Lepas trial ni ingat nak buat makan makan and ajak kakak sekali lah :) boleh jumpa kakak ! *aaaaamiiiin*

#5Persona Gathering !

Assalamualaikum and Hi :)

Nampak tak tajuk kat atas , sebenarnya majlis ni berlangsung pada hari jumaat ( 15 JUN 2012 ) majlis ni diadakan di rumah saya , pada mulanya nak buat dekat rumah cikgu memandangkan ada hal hal tertentu , jadi kami putuskan untuk buat di rumah saya ! kitorang bincang dalam masa 1 minggu , macam macam plan ada dalam kepala otak , nak buat itu , nak buat ini , akhir nya kitorang putuskan untuk bahagi kan group , memandangkan kami mempunyai CHEF FAIDAH dalam kelas , so kami tugaskan dia untuk buatkan kek kegemaran cikgu Laili , iaitu cheese cake :') akhirnya tiba lah hari jumaat yg kitorang tunggu tunggu . Balik je dari sekolah , aku kelam kabut masak makaroni dengan nad , sbb pukul 3 majlis akan mula . So , kena prepare awal awal . Lebih kurang pukul 2 , makaroni dah siap , lepastu aku pun mandi , solat and siap siap , waktu tu yg ada dekat rumah aku ialah nad,damia,azeerah and intan . Tak lam lepas tu , siva call cakap dia dah nak sampai , then dia sampai dengan peh . Peh ckp dengan aku dia nak balik sbb dah lama tunggu kat tangga sbb dia tak tahu rumah aku . Tapi nasib baik siva dtg , so dia gerak sekali , tak lama lepas tu suhailah and yg lain lain sampai . Memang meriah sungguh rumah aku dengan budak budak 5 persona 2012 . Yang happy nya sbb semua pelajar 5 persona sampai dulu drpd cikgu , so kitorang memang busy aturkan meja , makanan and pinggan mangkuk . Dah habis aturkan semua , kitorang tunggu kedatangan cikgu . Dalam pukul 3.30 mcm tu cikgu sampai , aku and beberapa orang sambut kedatangan cikgu , kitorang bawak makanan and minuman yg cikgu bawa . Lepas dah letak makanan semua , pelajar 5 persona kumpul dekat ruang tamu , lepastu ajak cikgu masuk , cikgu malu malu pulak , then diorang suruh aku sbb aku tuan rumah , k aku pun ajak cikgu , then cikgu masuk . Cikgu pun bagi ucapan , tp kan ucapan cikgu buat kitorang terharu sbb nya cikgu cakap pelajar 5 persona ni ada kerjasama yg kukuh ! Mana tak nya 1 kelas datang tanpa paksaan :) Tak lama lepas bagi ucapan , tiba tiba suhailah nak tangkap gambar cikgu , cikgu malu malu , lepaastu cikgu suruh aku duduk sebelah dia . K aku pun duduk temankan cikgu bergambar sbb cikgu malu . Then tiba tiba yoon datang dari belakang sambil bawa cheese cake , cikgu tergamam time tu , sbb terkejut . Cikgu tanya macam macam time tu , then cikgu pun potong lah cheese cake tu . Lepastu ketua kelas kitoang pulak bagi ucapan , al maklum lah ucapan yg spontan , so belasah je lah kan nak cakap apa . Haha , lepas tu cikgu suruh muiz baca doa makan . Boleh pulak time tu muiz baca doa belajar , satu kelas gelak . Jahat kan kitorang ? Tak baik sebenarnya , tapi serius time tu tak boleh nak tahan gelak . Lepas tu cikgu cakap , nak makan pun kita kena belajar dulu *cikgu macam perli je* haha . Lepas dah baca doa makan , terus serbu makanan . Hihi kitorang pun makan lah dekat porch kereta , and ada jugak yang makan dekat ruang tamu , time tu kitorang berborak macam macam . Lepastu ada lah beberapa orang pelajar yg nak balik dah . Dalam pukul 5 mcm tu cikgu pulak nak balik sbb mak mertua cikgu nak datang . Tapi before cikgu balik , cikgu tolong kitorang kemas kemas meja , makanan semua lah , cikgu siap warning lagi suruh balik pukul 5 lebih , jangan bagi diorang balik lambat , haha . Lepas cikgu balik tu , ada yg main ps2 , then yg selebihnya mendengar cerita daripada fahmi and chawalit, fahmi and chawalit cerita pasal hantu , lepastu aku taknak dengar dah cerita pasal hantu tu sbb aku takut nanti aku duduk sorang . Lepastu aku pun nak tengok lah diorang main ps2 , tiba tiba boleh pulak aku nampak "makhluk" memang time tu yg keluar dari mulut aku ialah "ibu" sbb telekung tu mcm telekung aku , then aku terus menjerit sbb aku terkejut macam mana ibu aku boleh ada dekat rumah , padahal dia kerja . Then "makhluk" tu terus ke depan . Lagi lah aku menjerit . Lepastu "makhluk" tu boleh pulak pergi dekat peh and nad , dia cakap weyh , afiqah ingat aku ni mak dia . Haha , "makhluk" tersebut ialah ISMAIZZUDDIN ! Lepas tu aku terus pukul dia sbb dia buat aku terkejut tahap maksimum ! Lepas tu aku taknak cerita apa yg berlaku after that , hmm dalam pukul 6 lebih mcm tu diorang semua balik and tinggal aku,nad,yap and suhailah , lepastu wawa patah balik rumah aku sbb dia nak solat asar , then pukul 7 lebih mcm tu , ibu aku dah sampai kat ktm , then aku pun ambil lah ibu aku , yg temankan aku sampai malam nad , lepas balik tuition , nad tolong aku sbb dia tak tahu nak buat apa kat rumah , time tu aku dengan nad basuh and kemas pinggan mangkuk , ibu aku pulak lipat baju , lepas dah kemas semua , aku hantar nad balik rumah . Seriously aku sayang gila kelas 5 Persona 2012 , diorang awesome awesome , aku harap ada lagi majlis majlis yg mcm ni ! And aku ingat after SPM nak buat lagi lah mcm ni :))

-->gambar akan saya upload nanti !

School Holiday !

Assalamualaikum and Hi :')

Nampak tak tajuk dekat atas tu ? Mesti lah nampak kan , Haha . Btw , saya tengah cuti sekolah sekarang ni , kau hadoo ? Cuti sekolah merupakan perkara yang paling best bagi para pelajar , tapi kadang kadang bosan jugak bila cuti sekolah lama sangat ! Mesti banyak kan plan korang untuk cuti sekolah ni ! Untung lah siapa yang pergi holiday tu , kepada sesiapa yg pergi holiday , baca ni eh , saya sangat jealous , Haha . Okay for the first week holiday ni , saya kena pergi kelas tambahan , okay so sad ! Tapi nak buat mcm mana SPM dah nak dekat , SPM lagi penting dari hangout , *tetiba baik pulak cakap macam ni* haha . Cuba suruh belajar ? Buat agaknya , kalau dah menghadap laptop , memang tak bergerak lah kan dari tempat duduk . Yeah that is #TeenagersProblem ! tapi kan for the second week school holiday ingat nak hangout lah , but tak sure lagi nak pergi mana , ingat nak pergi Time Square atau pun Midvalley , tapi tak tahu lah member lain boleh pergi ke tak ! Huhu . 

School Holiday !

Hari Guru 2012

Assalamualaikum and Hi :')

Nampak tak tajuk kat atas tu?Hihi semalam kita sambut hari guru :p kau hade??Ceyh gurau je lah :)
Bagi aku semalam merupakan hari guru yg paling best yg pernah aku pergi.Tak macam sebelum sebelum ni.Mula mula tu rasa malas gila nak pergi sekolah sebab kaki sakit,jalan pun dah macam orang patah kaki.Nasib baik time nak pergi sekolah tu,syari ada,so jalan sekali dengan dia lah.Lepas tu dah sampai sekolah tu,nampak pengawas yg lain susun kerusi dekat dataran roselle,mula mula memang nak buat dekat situ,but cuaca tak mengizinkan.So kena pindah dewan alamanda.Memang muat nak buat dekat alamanda,pelajar sekolah 19 memang sikit =____='.So,apa lagi,aku dengan hamizah cepat cepat gerak pergi alamanda.Disebabkan kaki aku sakit sangat,aku suruh hamizah jalan cepat sikit and ambil tempat dulu.Lepas dah duduk semua.Kena tunggu yg lain lain pulak duduk.Tak lama tau -,-'.Dalam pukul 8 lebih tu bermula lah ucapan ucapan yang best daripada cikgu cikgu -____- lepas tu menyanyi and bacaan ikrar.Yeah lepas tu saat saat yang ditunggu tunggu,persembahan daripada para pelajar :) First persembahan sangat lah X___X boleh pulak diorang berhenti sebab dah salah buat,nampak sangat tak reti cover.Then terus bla dari pentas macam tu je.Lepas dah habis zapin ada konserto terakhir the musical,best jugak lah.Lepas tu ada macam macam persembahan lagi.Tapi paling best teater.Dah habis persembahan semua,ada game untuk guru.Tapi bukan semua guru pun join,time tu bermula lah misi budak 5Persona2012 untuk menyerbu cikgu cikgu yang mengajar kitorang :') First cikgu yang kitorang jumpa ialah cikgu math kitorang,Puan Maimunah :)

Bersama Puan Maimunah :') (Math)
Lepas jumpa Puan Maimunah,apa lagi peluk,cium bagi kad semua lah.Hihi.Lepas tu ternampak Sir Somu pulak dekat tengah tempat letak kereta guru.Syari(anak sir somu) pun bagi kad dekat bapanya.Hihi,gurau je lah.Jangan marah eh syari :') Lepas dah bagi kad,kitorang pun bergambar dengan Sir Somu

Bersama Sir Somu a.k.a bapa Syari (Addmath)
Lepas dah jumpa Sir Somu,terjumpa pula mak Isma a.k.a Shima(nama baru) iaitu Puan Salasiah :') Dia seorang yang sangat sangat sangat sporting,memang best lah belajar sejarah dengan dia :')

Bersama Puan Salasiah a.k.a mak Isma/Shima (Sejarah)
Aku takde pun dalam gambar tu :'( takpe lah,lepas dah habis tangkap gambar dengan cikgu sejarah,kitorang serbu cikgu BM kitorang,Puan Marizah a.k.a Najwa Latif,Yuna dan Hana Tajima.Haha,actually,tak pernah nampak pun cikgu pakai tudung macam tu pergi sekolah,selalu dia pakai tudung sarung je :') Tapi time hari guru tu dia pakai macam ni 
↓↓↓↓
Bersama Puan Marizah (BM)
Tahu tak time ni kelas kitorang je yang dekat tengah tengah tempat parking ni.Kelas lain pandang je #adakitorangkesah? Haha,yang penting kitorang bahagia :'))Lepas dah habis tangkap gambar dengan cikgu marizah,kitorang pun pergi serbu koperasi,cari cikgu akaun ;)

Cikgu terkejut kitorang serbu :')

Salam dengan cikgu :')

Bersama Puan Hasniza (akaun)
Cikgu,saya nak mintak maaf sebab setiap kali cikgu ajar akaun,saya tak fokus,saya asyik bercakap je dalam kelas,sebab saya tak faham cikgu ajar =___=' actually bukan saya sorang je yang tak faham,ada jugak kawan kawan lain yang tak faham.Betul kan??Lepas ni saya cuba faham apa cikgu ajar :')
Lepas dah jumpa cikgu akaun,kitorang pun apa lagi,serbu bilik guru,mula mula nak cari teacher azura,tapi dia busy pulak sebab ada pelajar lain yang jumpa dia,so apa lagi,kitorang pun jumpa ustazah maimun and tangkap gambar dan salam dengan dia :')

Bersama Ustazah Maimun (Pendidikan Islam)
Lepas dah salam salam semua,suhailah dengar yang ustazah suruh hafal ayat hafazan,dia tunggu.Errr,maafkan kami ustazah,kami tak hafal lagi.*peace* (Y).Lepastu kitorang pergi jumpa teacher azura :').Dia ni ialah ibu kepada Nida
Teacher Azura (BI)

Bersama Teacher Azura

Bersama Teacher Azura
Comel kan kitorang semua?Tahu dah.Haha.Lepas kitorang tangkap gambar dengan teacher azura,kitorang jumpa cikgu Science kitorang,siapa lagi kalau bukan Puan Saripah Marwan :') Walaupun cikgu ni anti dengan kitorang,tapi sebenarnya dia sayangkan kitorang :')

Bersama Puan Syarifah Marwan (Science)
Lepas dah tangkap gambar dengan cikgu science,kitorang pun ternampak cikgu kesayangan kitorang a.k.a guru kelas kitorang,kay cikgu comel kecil kecil cili padi :') Apa lagi serbu lah kan :p Hihi.
Cikgu Laili (Ekonomi Asas/Sivik/Guru Kelas)

With cikgu laili
Kitorang peluk cikgu ramai ramai,lepastu kan cikgu cakap,dia tak pernah dapat anak murid macam kitorang :') okay terharunya :'( mana tak nya,daripada cikgu pertama kitorang cari,sampai cikgu terakhir kitorang cari,1 kelas pergi cari.Memang terserlah kerjasama+kecomelan kitorang berlari sana sini.Hihi,sebab kelas kitorang je yg buat mcm tu,kelas lain tak nampak pulak.Lepas tu bergambar dengan cikgu,so kena lah tempat yg luas dan special sikit.Hihi,kitorang pun decide turun dataran roselle and bergambar dekat sana.

#Family5Persona2012 love them so much







Pelajar perempuan 5Persona2012 

 Ni pelajar peremuan 5 persona,but separuh je yang masuk dalam gambar ni,kejap eh,nampak tak yang belakang tu,yang tu Isma nama dia,tapi disebabkan dia tersesat dalam gambar ni,so nama dia bertukar menjadi SHIMA !

Pelajar lelaki 5Persona2012
 Ni pelajar lelaki 5 Persona,pun half jugak sebab Peh tak datang.

Kepada sesiapa yg takde dalam gambar ni,sila jelous okay.Haha,gurau je :') I'm proud to be 5persona family member :') Thanks sebab korang bagi kerjasama untuk mencari cikgu cikgu :')

With Moyang and Zulfahmi :')

With Rafidah :') Sabah bah !
With my beloved Moyang !
Moyang (nad) and Nenek/HunnyBunny (aishah)
With Nenek/HunnyBunny ! (Aishah)

Aduhai,shima ni selalu tersesat dalam gambar :p


Love Them !

Tugu Kelas 5 PERSONA 2012
Lepas dah habis tangkap gambar dekat dalam sekolah,Yoon(ketua kelas kitorang) ajak tangkap gambar kat luar.Punya lah lama tunggu lepas tu nampak ramai yang tangkap gambar dekat luar sekolah.Time tu syari tengah tengok addin and yang lain lain tangkap gambar.SUPRISE ! nah amik kau setepek tepung dekat muka.Hihi,sebenarnya semua dah tahu,dia je tak.Hehe,sorry syari.Actually tepung tu nak baling dekat Addin tapi dah alang alang teringat birthday Syari,tu yang baling tepung kat dia sekali.Meh tengok gambar !

↓↓↓↓


Comel kan Syari ?
Best kena tepung ? Btw,Happy Birthday Addin :')

Abang K-Pop

Main baling baling tepung !

Main baling baling tepung !

Bergambar bersama abang K-Pop

Sumpah Smart !


Kami baru habis main tepung :')

comel tak kami ?
TAHUN NI TAHUN TERAKHIR SAMBUT HARI GURU DEKAT SEKOLAH , TAHUN DEPAN DAN TAHUN SETERUSNYA DAH TAK MERASA DAH , AKU HAPPY SANGAT SEBAB TAHUN TERAKHIR HARI GURU NI MERUPAKAN HARI GURU YANG PALING BEST YANG AKU PERNAH PERGI :')) FOR 5PERSONA2012 , I LOVE YOU ALL SO MUCH ! WE ARE FAMILY :')