#5Persona Gathering !

Assalamualaikum and Hi :)

Nampak tak tajuk kat atas , sebenarnya majlis ni berlangsung pada hari jumaat ( 15 JUN 2012 ) majlis ni diadakan di rumah saya , pada mulanya nak buat dekat rumah cikgu memandangkan ada hal hal tertentu , jadi kami putuskan untuk buat di rumah saya ! kitorang bincang dalam masa 1 minggu , macam macam plan ada dalam kepala otak , nak buat itu , nak buat ini , akhir nya kitorang putuskan untuk bahagi kan group , memandangkan kami mempunyai CHEF FAIDAH dalam kelas , so kami tugaskan dia untuk buatkan kek kegemaran cikgu Laili , iaitu cheese cake :') akhirnya tiba lah hari jumaat yg kitorang tunggu tunggu . Balik je dari sekolah , aku kelam kabut masak makaroni dengan nad , sbb pukul 3 majlis akan mula . So , kena prepare awal awal . Lebih kurang pukul 2 , makaroni dah siap , lepastu aku pun mandi , solat and siap siap , waktu tu yg ada dekat rumah aku ialah nad,damia,azeerah and intan . Tak lam lepas tu , siva call cakap dia dah nak sampai , then dia sampai dengan peh . Peh ckp dengan aku dia nak balik sbb dah lama tunggu kat tangga sbb dia tak tahu rumah aku . Tapi nasib baik siva dtg , so dia gerak sekali , tak lama lepas tu suhailah and yg lain lain sampai . Memang meriah sungguh rumah aku dengan budak budak 5 persona 2012 . Yang happy nya sbb semua pelajar 5 persona sampai dulu drpd cikgu , so kitorang memang busy aturkan meja , makanan and pinggan mangkuk . Dah habis aturkan semua , kitorang tunggu kedatangan cikgu . Dalam pukul 3.30 mcm tu cikgu sampai , aku and beberapa orang sambut kedatangan cikgu , kitorang bawak makanan and minuman yg cikgu bawa . Lepas dah letak makanan semua , pelajar 5 persona kumpul dekat ruang tamu , lepastu ajak cikgu masuk , cikgu malu malu pulak , then diorang suruh aku sbb aku tuan rumah , k aku pun ajak cikgu , then cikgu masuk . Cikgu pun bagi ucapan , tp kan ucapan cikgu buat kitorang terharu sbb nya cikgu cakap pelajar 5 persona ni ada kerjasama yg kukuh ! Mana tak nya 1 kelas datang tanpa paksaan :) Tak lama lepas bagi ucapan , tiba tiba suhailah nak tangkap gambar cikgu , cikgu malu malu , lepaastu cikgu suruh aku duduk sebelah dia . K aku pun duduk temankan cikgu bergambar sbb cikgu malu . Then tiba tiba yoon datang dari belakang sambil bawa cheese cake , cikgu tergamam time tu , sbb terkejut . Cikgu tanya macam macam time tu , then cikgu pun potong lah cheese cake tu . Lepastu ketua kelas kitoang pulak bagi ucapan , al maklum lah ucapan yg spontan , so belasah je lah kan nak cakap apa . Haha , lepas tu cikgu suruh muiz baca doa makan . Boleh pulak time tu muiz baca doa belajar , satu kelas gelak . Jahat kan kitorang ? Tak baik sebenarnya , tapi serius time tu tak boleh nak tahan gelak . Lepas tu cikgu cakap , nak makan pun kita kena belajar dulu *cikgu macam perli je* haha . Lepas dah baca doa makan , terus serbu makanan . Hihi kitorang pun makan lah dekat porch kereta , and ada jugak yang makan dekat ruang tamu , time tu kitorang berborak macam macam . Lepastu ada lah beberapa orang pelajar yg nak balik dah . Dalam pukul 5 mcm tu cikgu pulak nak balik sbb mak mertua cikgu nak datang . Tapi before cikgu balik , cikgu tolong kitorang kemas kemas meja , makanan semua lah , cikgu siap warning lagi suruh balik pukul 5 lebih , jangan bagi diorang balik lambat , haha . Lepas cikgu balik tu , ada yg main ps2 , then yg selebihnya mendengar cerita daripada fahmi and chawalit, fahmi and chawalit cerita pasal hantu , lepastu aku taknak dengar dah cerita pasal hantu tu sbb aku takut nanti aku duduk sorang . Lepastu aku pun nak tengok lah diorang main ps2 , tiba tiba boleh pulak aku nampak "makhluk" memang time tu yg keluar dari mulut aku ialah "ibu" sbb telekung tu mcm telekung aku , then aku terus menjerit sbb aku terkejut macam mana ibu aku boleh ada dekat rumah , padahal dia kerja . Then "makhluk" tu terus ke depan . Lagi lah aku menjerit . Lepastu "makhluk" tu boleh pulak pergi dekat peh and nad , dia cakap weyh , afiqah ingat aku ni mak dia . Haha , "makhluk" tersebut ialah ISMAIZZUDDIN ! Lepas tu aku terus pukul dia sbb dia buat aku terkejut tahap maksimum ! Lepas tu aku taknak cerita apa yg berlaku after that , hmm dalam pukul 6 lebih mcm tu diorang semua balik and tinggal aku,nad,yap and suhailah , lepastu wawa patah balik rumah aku sbb dia nak solat asar , then pukul 7 lebih mcm tu , ibu aku dah sampai kat ktm , then aku pun ambil lah ibu aku , yg temankan aku sampai malam nad , lepas balik tuition , nad tolong aku sbb dia tak tahu nak buat apa kat rumah , time tu aku dengan nad basuh and kemas pinggan mangkuk , ibu aku pulak lipat baju , lepas dah kemas semua , aku hantar nad balik rumah . Seriously aku sayang gila kelas 5 Persona 2012 , diorang awesome awesome , aku harap ada lagi majlis majlis yg mcm ni ! And aku ingat after SPM nak buat lagi lah mcm ni :))

-->gambar akan saya upload nanti !