Kelantan 110312-130312

Assalamualaikum and Hi :')


Lamanya tak update blog,lama?Boleh tahan jugak lah lama,korang pun sama kan tak rajin update blog?Haha,gurau je.K balik kepada title dekat atas,hari ahad hari tu bersamaan 110312 aku pergi Kelantan.Jauh tak aku melarikan diri,haha joke je,actually sedara aku kahwin,tak caya nya dia dah kahwin,padahal baru berapa bulan balik dari study dekat Jerman,balik balik terus dipertemukan jodoh dengan kak sha,kitorang satu family kecuali abang aku gerak gi KLIA lebih kurang pukul 8 macam tu,lepas subuh semua terus siap nak gerak gi airport,nasib baik aku ada jiran yang bawak teksi,so mintak tolong dia hantarkan kitorang gi airport,kitorang sampai sana dalam pukul 9 macam tu lah,flight kitorang boarding pukul 10.20,tapi kena ada dekat departure station.Lebih kurang pukul 10 macam tu kitorang masuk lah dekat balai perlepasan tu,tak ramai manusia agaknya kat situ,then,tetiba aku nampak ada sami kowt,tapi dia budak lagi lah,tengah syok baca kitab dia,aku pun tak tahu apa yang dia baca,HAHA,lebih kurang pukul 10 macam tu,pekerja kat situ suruh kitorang beratur sebab nak masuk dekat kapal terbang dah.Kat dalam kapal terbang kan kan,ada sorang mat salleh ni,asyik asyik pandang and tangkap gambar sorang stewardess ni,tahu lah stewardess tu lawa,tapi jangan lah over sangat amik gambar dia senyap senyap,aku nampak weyh apa kau buat.Haha.Kat dalam kapal terbang tu lagi aku fed up,boleh pulak ada sorang budak ni menangis dari waktu nak berlepas sampai lah kat Kelantan tu dia menangis,eh eh lepas tu bila mak dia cakap dah nak sampai dah,terus senyap and tidur,err,budak ni mengada betul =___=' and ada sorang anak cina yang memekak jugak dekat dalam kapal terbang tu,tension weyh tension,kena pulak orang kat belakang ni asyik nak marah je pasal budak dua orang yang memekak tu,okay tension habis,lepas sampai,ramai kowt yg mengata pasal budak tu termasuk aku,hihi,tapi cakap dalam hati and luahkan dalam blog ni je lah.Memang nak cari nahas lah kalau aku cakap depan mak budak tu.Lepas je dah sampai dekat Sultan Ismail Petra punya airport,family aku pun tunggu sedara aku sampai dekat sejam,memang pisang tau tunggu diorang lama macam ni -,- Lepas sedara aku dtg ambil,kitorang terus gerak pergi rumah pengantin perempuan,rumah dia lawa <3 baru aku faham kenduri dekat Kelantan macam mana,diorang tak buat majlis perkahwinan macam dekat Kuala Lumpur,diorang kat Kelantan ni buat kenduri kahwin time hari kerja,aku ingat tak ramai yang datang,rupanya ramai,sebab diorang lunch dekat rumah pengantin,lepas je kitorang dah selesai makan,ada sesi photography pulak,kay semua bajet cun and macho,haha gurau je.Lepas majlis dah habis,kitorang gerak balik rumah sedara aku,ramai sedara aku yang tidur sana,yeah happy ada kawan <3 .Lepas maghrib,tak de kenduri apa apa,cuma ada jiran datang sebab nak tolong memasak untuk kenduri hari Isnin pulak,yang aku and sedara sedara yang lain pergi ber-barbeque dekat luar rumah,haha.Seronok seyh jumpa sedara.Lepas dah habis ber-barbeque solat isyak,ada yang dah tidur ada belum,yang aku memang asyik bukak facebook,twitter,blog,kalau bawak buku pergi sana pun,memang tak membaca pun gamaknya.HIHI.Aku tidur lebih kurang pukul 1 lebih macam tu,bagus sungguh anak dara tidur lambat :') Esok nya aku terlambat bangun *PADAN MUKA* tulah padah nya tidur lambat,aku terbangun pukul 6.55,memang kelam kabut ambil wudhuk and solat subuh,lepas subuh memang aku tak boleh nak tidur balik,so aku pun pergi bukak laptop sebab malas nak menolong dekat dapur *jahat nya aku* aku ingat pagi pagi tu bosan kalau bukak twitter,facebook and blog,ye lah sebab manusia manusia ni tidur lagi,nasib baik ada hidayahrosni dengan fitri yang layan tweet aku pagi tu,haha,so takde lah boring sangat,memang merepek meraban pagi tu,lebih kurang pukul 12 macam tu aku siap siap sebab ingat kenduri start awal,rupa rupanya tetamu datang pukul 11 lebih,pengantin datang pukul 3,*tak sama macam Kuala Lumpur okay* then aku masuk bilik balik main laptop,then tertidur,aku memang senang tertidur waktu panas,hihi.Lepas tu sedar dah pukul 1 lebih,kebetulan dah masuk waktu zohor,solat terus pakai tudung balik sambil tu menunggu pengantin datang *buat muka comel* .Memang tepat pukul 3 pun pengantin sampai,sebab aku tengok jam waktu tu,bagus nya tepat waktu.Tak lama lepas tu kaklong(sedara aku) suruh layan tetamu,actually,aku tak faham sangat loghat diorang,aku hanya mampu tersenyum je lah sambil bagi cenderahati.Lepas tu aku ajak family aku keluar pergi rantau panjang,nasib baik orang dah tak ramai,so boleh lah keluar,kitorang gerak before asar,tengah dalam perjalanan tu,kebetulan dah masuk waktu asar,kitorang berhenti kat sebuah masjid yang memang superb lawa :'),aku tak tahu masjid tu nama apa,tapi aku panggil masjid Beijing *main hentam je lah* .Lepas habis solat,kitorang teruskan perjalanan ke rantau panjang.Sampai sana banyak kedai dah tutup *buat muka sedih* tapi nasib baik kedai baju jerssey tu tak tutup,aku nak beli jerssey dengan seluar kat situ.Lepas tu yang adik aku pulak demand beg,yang aku demand beg,tak dapat dapat pulak *buat muka sedih lagi* Lebih kurang pukul 6.30 macam tu,kitorang balik rumah.Betul betul kitorang sampai rumah dah masuk waktu maghrib,cepat cepat ambil wudhuk and solat berjemaah.Lepas je solat,ramai ramai tolong kemas kemaskan khemah and pinggan mangkuk.Lepas isyak terus tidur,esok nya aku bangun awal *buat muka happy* pukul 6.30 aku bangun,awal ke?Awal lah kan?Bangun je amik wudhuk,solat subuh and siap siap nak balik rumah *HOME SWEET HOME* pukul 8.15,lepas je dah habis breakfast,sedara aku hantar kan kitorang gi airport,sampai sana terus check in and tunggu panggilan masuk untuk naik flight.Flight kitorang pukul 9.55,masuk je dalam pesawat,ada budak kembar duduk belakang aku,comel :') *kanak kanak ye,bukan remaja* Tak lama before pesawat nak landing,boleh pulak kembar kat belakang aku tu bergaduh sampai cakar cakar muka,okay itu comel tapi sakit.Lepas tu mak dia taknak biarkan diorang terus bergaduh,mak dia pun duduk tengah tengah,last last kembar tu pun tertidur.Comel sangat diorang,nak cubit pipi diorang.Lepas je sampai kat airport,takde siapa yang dapat ambil kitorang,mula mula minta tolong dengan kawan ayah aku,tapi sebab dia tengah busy kerja,so ayah aku malas nak kacau,last last terpaksa suruh teksi hantar kan sampai kat rumah,memang aku lentok ar dalam teksi tu,haha.Lepas sampai kemas kemas barang semua,lepas tu terus tolong ibu masak.Husyh,panjang nya aku menaip,penat dah pun.Okay sampai di sini sahaja yang aku dapat story mory,aku malas nak masuk kan gambar sebab banyak and lama nak tunggu habis upload.Kbye,Assalamualaikum and have a nice day :')

No comments:

Post a Comment