Alhamdulillah hari ni pengakhiran latihan kawad kaki peringkat sekolah sebab hari ni ada Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Sekolah :') Pagi tadi pukul 5.15 dah bangun sebab nak iron baju uniform dengan nak siapkan aksesori lain macam collar dot,hackle,beret,lencana poket,etc.Lebih kurang dalam pukul 6.30 macam tu gerak gi tapak pasar sebab nak latih kawad lagi.Lebih kurang dalam pukul 7.15 macam tu kitaorang dah start berlatih kawad and formasi.Boleh pulak diorang nak tambah slogan dekat dalam formasi tu,memang tak pening agaknya nak mengingat step formasi nanti.Tapi try jugak buat sampai mantap supaya semua ingat.Lebih kurang pukul 8 lebih macam tu dah masuk kawasan sekolah.Semua badan beruniform berkumpul kat situ.Tak sure pukul berapa,ada pemeriksaan pakaian,memang tak lama nak kena berdiri.nasib baik tahun ni time pemeriksaan pakaian agak mudah.Sebab orang yang periksa pakaian kitaorang tu tak banyak tanya,kalau tahun lepas siap tengking tengking pun ada,kurang ajar betul tahu tak.Kitaorang badan beruniform yang ke 6 kena kawad.Ya Allah,sumpah agak cuak gak lah.Tapi kitaorang kuat kan semangat.Masa yang diberikan untuk kawad adalah selama 12 minit sahaja?Bertek,sekejap gila kan?Tapi kitaorang terlebih masa pulak.Takpe lah,dah formasinya complicated sangat,orang dah cakap suruh buat simple simple tak nak.Anyway,benda dah lepas,tak pelah.Lepas je dah selesai kawad,sumpah lega tahap gaban.Memang melompat lompat lah time tu,hehe.Lepas tu cikgu suruh kumpul dekat tempat kawad tadi sebab nak umumkan siapa pemenang.Ada 2 kategori untuk kawad kaki sekolah ni,kategori GO dengan NGO.Actually,tahun lepas kitaorang masuk NGO,tapi tahun ni cikgu gi masukkan dekat GO,okay sumpah geram gila,dah lah kat NGO pun dah susah nak lawan PBSM,ni kan cikgu letak dekat GO,lagi lah nak kena fight dengan KPA,POLIS and BOMBA.Kay,sumpah geram!Tapi alhamdulillah dapat tempat KETIGA,waktu NGO dulu dapat NAIB JOHAN.Lepas je dah ambil hadiah tu,kitorang pun ada sesi photography.Tapi kan yang kitorang geram,lepas habis sesi photography,boleh pulak cikgu suruh budak budak KRS angkat kerusi,meja.Apa guna ada Quarter Master kat sekolah kalau kitaorang yang kena buat semua tu?Bertek betul lah.Aku sah lah memang tak gi menolong.Haha,gi jumpa kawan then tangkap gambar sama sama bagai,lepas tu amik medale terus balik rumah.Tahun ni tahun terakhir aku kawad,memang puas sebab dapat meraih jugak kemenangan walaupun masuk kategori GO.
Okay lah sampai di sini sahaja dapat share story :)
Terserlah kegelapan muka aku |
Yeah!Dapat no 3 |
Hadiah kawad tahun 2011 and 2012 |
Hadiah kawad tahun 2011 and 2012 |
No comments:
Post a Comment