Assalamualaikum :D
Alhamdulillah hari ni aku happy sangat sebab dapat anugerah pengetua :)
Majlis tu start lebih kurang dekat pukul 8 sebab ada masalah teknikal before the event started.
Kat dalam dewan tu ada budak form 1-3,so takde lah nervous sangat waktu nak naik stage tu.Majlis mula dengan ucapan daripada pengetua SMKS 19,lepas ucapan terus mula majlis penyampaian Anugerah Pengetua,hehe,tertunggu tunggu sebenarnya :D Mula mula budak form 1 and 2 ambil dulu,then lepas diorang nak habis tu,baru kitaorang budak form 4 pulak.Lepas je majlis penyampaian anugerah pengetua,ada choral speaking pulak,okay diorang memang gempak ! Comel je liya jerit.Hehe,persembahan diorang memang menarik lah. :D
-Kbye-
Assalamualaikum :)
Semalam ada sekolah ganti,tapi cikgu buat roadrun,rasanya kebanyakan sekolah pun buat roadrun,yang perempuan kena lari sejauh 6.7 km,lelaki pulak 7.8 km,tak jauh tau.Aku lari nak termuntah pun ada,sebab tekak dah kering gila,tu lah gedik sangat pergi makan chewing gum before lari,kan tekak dah kering.Tapi lari jugak lah.Cikgu cakap kalau lari dapat nombor 1-15 dapat sumbang 3 mata dengan dapat medal,nombor 16-50 dapat sumbang 2 mata untuk rumah sukan and 51-100 dapat 1 mata untuk rumah sukan,sumpah tahun ni tak tahu kenapa aku malas gila nak lari,lari sikit lepas tu jalan,lari,jalan,lari,jalan.Last last sampai kat sekolah dapat nombor 56,pun boleh lah,yang penting aku dapat sumbangkan mata untuk rumah sukan.Sampai je sekolah,apa lagi aku minum air sampai habis,lepas tu serius rasa nak muntah pun ada.Bila kawan kawan aku yang lain baru sampai,aku pun baring sebab pening gila,tahun lepas tak macam ni,hehe.Cuma sakit kaki tu lah,tapi tahun ni alhamdulillah kaki aku tak sakit,Weeheeee <3<3 Lebih kurang pukul 12 macam tu ada penyampaian hadiah,memang waktu tu aku bersorak dah macam orang gila dah.Hehe,Semangat punya pasal,last sekali cikgu umumkan rumah mana yang johan,then LAKSAMANA johan,Whoaaaaaaa <3<3,actually tahun lepas aku rumah BENDAHARA,tapi tahun ni nama aku tercampak dengan rumah LAKSAMANA,cikgu campak nama aku kat tempat yang tepat lah.Hehe,maybe disebabkan aku baru masuk sekolah tu tahun lepas,so cikgu aturkan balik lah kowt aku punya rumah sukan.#GGL
Assalamualaikum
Okay,nampak kan tajuk kat atas?Nampak tak?Kalau tak nampak,boleh siap sedia untuk buat cermin mata.HEHE,gurau je.Sebenarnya,semalam waktu tidur malam,aku terjaga lebih kurang 1.30 pagi,aku rasa macam kena rasuk pun ada,badan aku sakit sakit time tidur tu,aku tidur dah macam orang kena rasuk,tak tentu arah,aku campak bantal,tepuk tepuk tilam,sebab sakit sangat nak bangun,lepas tu aku cuba jugak lah bangun,lebih kurang kul 2 pagi macam tu,aku tukar baju,lepas tu baca ayat kursi banyak kali,lepas tu baru boleh tidur dengan lena sangat sangat sangat and bangun je tidur,hari ni aku nak senyum je,tak tahu kenapa,automatik.Hehe.Aku rasa macam happy happy je hari ni.
Tajuk di atas bukanlah bertujuan untuk menakut-nakutkan orang,cuma aku ada terbaca sebuah buku ni,tajuk buku tu Perjalanan Hidup Selepas Mati.Okay,sumpah nak nak nangis bila baca pasal neraka tu.Aku rasa banyak dosa aku buat kat dunia ni.Seperti yang korang pun tahu,takde manusia yang terlepas dari kesilapan kan?Okay lah kembali kepada tajuk di atas.
Rasulullah bersabda :
"Sesungguhnya seksaan yang paling ringan bagi penduduk neraka pada hari kiamat itu ialah orang tersebut memakai sepasang kasut dari api neraka lalu mendidihlah otaknya dari kepanasan kasut itu."
Allah berfirman :
"Orang yang kekal dalam neraka akan diberi minuman dengan air mendidih lalu memotong-motong ususnya."
Allah juga berfirman :
"Sesungguhnya kami menyediakan bagi yang zalim itu berupa neraka,yang gejolaknya mengepung mereka.Dan jika mereka meminta air minum,nescaya mereka akan diberi minuman dengan air seperti besi yang mendidih dan menghanguskan muka.Itulah minuman yang paling buruk dan tempat berehat yang paling buruk."
Rasulullah bersabda :
"Barangsiapa yang diberi harta oleh Allah,tetapi tidak mengeluarkan zakat,maka akan diserupakan harta itu pada hari kiamat dengan ular yang ganas.Yang akan menggertakkan kedua belah taringnya dan membelit leher orang yang tidak mengeluarkan zakat itu,kemudian menggigit dengan kedua taring mulutnya,lalu berkata,"Aku adalah hartamu,aku simpananmu."
Sesungguhnya Allah menambah ketinggian dan kelebaran tubuh mereka agar nanti mereka akan merasakan kehebatan seksaan bagi mereka yang sedang dipanaskan dengan api neraka tersebut.Begitu juga jika disengat kalajengking atau ular-ular yang mematuk/menggigit seluruh tubuhnya dengan sekali gigitan
Allah berfirman :
"Sesungguhnya mereka yang kafir dengan ayat-ayat kami ,kelak akan kami masukkan mereka ke dalam neraka.Setiap kali kulit mereka hangus,kami akan gantikan kulit mereka dengan kulit yang lain,agar mereka merasakan seksaan neraka.
Jadi,mereka yang kafir akan diseksa sepanjang hari dan setiap kali lepas diseksa,mereka akan dikembalikan seperti asal.Fikirkanlah sekarang tentang tangisan penduduk neraka itu.
Menurut Al-Hasan : Akan dikeluarkan dari neraka seseorang setelah 1000 tahun,yang mudah-mudahan aku termasuk dalam kalangan orang tersebut.dan diriwayatkan bahawa Al-Hasan sendiri sedang duduk-duduk di sudut rumah dalam keadaan menangis,lalu ditanya oleh seseorang : Mengapakah engkau menangis?Lalu dijawabnya,"aku takut dimasukkan ke dalam neraka.Ini disebabkan banyaknya berbagai-bagai seksaan dalam neraka dan kelewatan untuk menemui Allah setelah mendapat keredhaan-Nya yang mahu diganti dengan syahwat dunia yang rendah.
Nabi Isa a.s berkata :Berapa ramai orang yang berwajah baik(tampan/cantik)dengan wajah yang menarik dan pembicaraannya fasih tetapi nanti akan berada pada lapisan neraka dalam keadaan berteriak(mendapat seksaan kerana melakukan dosa)
Allah berfirman :
"Sesungguhnya mereka yang banyak berbakti benar-benar akan berada dalam syurga yang penuh dengan kenikmatan.Dan sesungguhnya mereka yang derhaka benar-benar berada dalam neraka"
Mari kita sama-sama renungkan.Sekadar untuk dikongsi :')