Family Gathering at Port Dickson

Assalamualaikum !


korang sihat?Dah lama tak update blog.Lama?Sebenarnya takde lah lama sangat,just tak tajin nak meng-update blog ni hah!Kalau dah baca tittle kat atas tu mesti lah Afiqah nak cerita pasal Family Gathering dekat Port Dickson(28.01.12-29.01.12),kita orang gi sana 1 malam je,kalau tak ayah cakap nak ambil sampai hari Isnin,tapi nanti mesti ramai nak balik sebab anak-anak mereka nak sekolah,tapi memang tak puas lah kalau 1 malam je,kita orang semua berkumpul kat sana pukul 1 lebih semua dah ada kat sana,sampai je sana,solat Zohor lepas tu makan makan semua,then dalam pukul 3 lebih,apa lagi terjun kolam lah,tak lama agaknya aku mandi kolam,haha,lepas je mandi kolam tu,terus solat Asar and makan,lapar punya pasal,mandi kolam lama sangat.Kan dah laparrrr!Lepas je dah solat and makan,terus gerak gi pantai,lepas gi pantai,gi bilik karaoke pulakk!Lepas tu patah balik gi kolam,haissyyyhhh rasa nak terjun je,Jealous tengok budak-budak mandi,watlek je!Dah mandi kolam tu pun tadi,hahaha..seronok habis kat sana,bawak buku sekolah,acah acah nak buat homework dekat sana,tapi bukannya buat pun,hihi,dah berkumpul ramai ramai memang tak buat lah jawabnya homework tuuu.Lepas solat maghrib tu,buat doa selamat sikit sementara menunggu beberapa orang sedara Afiqah hidupkan arang sebab nak buat BBQ,hehe,habis doa selamat,terus terjah gi tengok dorang panggang BBQ,sambil dorang panggang panggang BBQ tu,makan nasi dulu lah.Lebih kurang dalam pukul 11 lebih tu baru selesai panggang semua ayam,ikan and satay.Lebih kurang pukul 12 lebih hadap laptop,err account ni nak betulkan apa??Bluurrrr!Okay fine!Tutup account,main game pulakk.Lepas tu tidur,bangun pukul 6 lebih,solat subuh then pukul 7 lebih tu gerak gi pantai sebab nak jogging,lepas jogging terus terjun laut,haha,tak masin tau air dia,kesian kat my cousin sebab tertelan air tu.Lepas dah dekat sejam dekat laut tu terus terjun mandi kolam pulak,memang suka lah mandi kat kolam tu sebab big family Afiqah je yg ada dekat dalam kolam tu,then tak lama lepas tu ada lah orang lain pulakk datang,pukul berapa entah baru Afiqah balik banglo balik,okay dah gelap dah.Naik tu memang terus melantak lah,lapar punya pasal.Then,pukul 12 macam tu dah siap packing barang nak balik dah,family Afiqah je terus balik rumah,yang sedara sedara Afiqah lain pergi jalan jalan dekat Teluk Kemang tu.Lagi pun family Afiqah balik awal sebab tak gosok baju sekolah and kerja lagi,kalau gosok malam malam dah malas dah.




#Okay lah sampai sini je Afiqah dapat share :)

Takziah Buat Kawan Saya

Assalamualaikum :)


Untuk entry kali ni,Afiqah nak ucap takziah dekat kawan Afiqah atas pemergian bapanya.Afiqah pun baru je tahu tadi,sebab kawan Afiqah yg bagitahu.Afiqah faham apa yang dia rasa sekarang ni,Ya Allah,aku tak tahu lah kalau aku berada di posisi dia.Saya berharap yg dia boleh menerima takdir dan ketentuan Allah :')

Twitter Saya Dah Gila ! ! !

Assalamualaikum !


Haih,mengenai tajuk di atas,sah sah lah nak cerita pasal Twitter yang arif lagi bijaksana ! Yang first account dah memang tak ingat email and password sebab laptop dah kena curi , terus tak ingat lansung . Second account dah jadi macam nie sekarang !




Aww snap ! Sumpah benci kau !
Lepas dah research pasal Aww snap ni,ada beberapa cara untuk buat Twitter ni back to normal,salah satu nye adalah kena buat Account Twitter yang baru ! Okay , #BENCIBENCIBENCI . Okay lah sampai di sini sahaja mahu share !

Tahun Ni SPM

Assalamualaikum :')


Lama nya tak update blog,sebab nya tak tahu nak update pasal apa,HAHA.Mengenai tajuk di atas,i'm SPM candidates 2012.Ishy,seram pulak nak ambil SPM.Tapi tahun ni kena berkorban banyak benda lah sebab SPM punya pasal,tak boleh nak honeymoon sangat lah kan macam tahun lepas.Tahun nie,first day sekolah pun dah ada banyak homework,hari apa yang takde homework?Rasanya setiap hari ada ! Fuhh,tahun ni pun kena active koko sebab nak markah koko,kalau takde markah koko karang tak boleh nak graduate,tapi tak boleh nak depends on markah koko je,kena dapat Bahasa Melayu sekurang-kurangnya C,emm,harap harap lah boleh graduate tahun ni,sebab tahun ni dah lah last year SEKOLAH ! Whoaa,macam tak percaya je dah last year sekolah.Dah lah cikgu cakap tahun ni SPM dipercepatkan.Amboi,mengada ngada nak dipercepatkan pulak ea?Saje je kan nak menambah pressure kepada SPM Candidates 2012,takpe takpe,aku harap tahun akan datang lagi dipercepatkan . HAHAHAHA #Gelak Jahat . Tahun ni mesti banyak exam sebab nak bagi pelajar biasa dengan soalan SPM,okay whatever lah cikgu,yang penting aku boleh jawab,InsyaAllah.Kalau boleh soalan jangan susah sangat tau.Nak senang senang je.Ceh,nak demand pulak aku ea,kalau boleh demand,aku rasa setiap tahun soalan begitu senang dan terus senang,HAHAHA,aku suka kalau macam tu.! Tahun ni dapat cikgu pun boleh tahan best terutama guru kelas dan guru sejarah ! Okay cikgu Sejarah tahun ni betul betul tak buat para pelajar nya mengantuk ! Sumpah best gila lah dapat cikgu tu !! Haha,dah tak tahu nak story apa dah,okay lah bye,Assalamualaikum !! Jawab,kalau tak jawab DOSA !! HEHE

Angel In The Devil's Suit


Dew dan Jeremy adalah orang berlainan tetapi mempunyai wajah yang seiras, nama yang serupa dan suara yang seakan. Namun perwatakan dan keperibadian mereka terlalu berbeza sehinggakan Camie, gadis yang paling rapat dengan mereka menggelarkan mereka dengan gelaran The Angel dan The Devil.

Jeremy, insan amat dicintai oleh Camie dan mereka saling menyayangi. Namun, hubungan kasih mereka akhirnya terlerai apabila Jeremy yang selama ini mempunyai penyakit telah meninggal dunia.

Dew pula seorang pelajar yang digelar The Taiko oleh semua pelajar dan guru-guru di sekolahnya. Berjumpa dengan Camie yang menjadi pelajar baru di sekolahnya dan mengisytiharkan Camie sebagai hambanya. Mereka bergaduh, membuli, bertekak dan apa sahaja bersama-sama. Camie hanya menurut dan rela menjadi hamba Dew kerana wajah, nama dan suaranya yang seiras dengan Jeremy, kekasihnya.

Namun penemuan diari mendiang Jeremy telah membongkarkan identiti sebenar Dew yang selama ini hanya diketahui oleh ayah Dew dan juga ayah Jeremy sendiri. Detik penemuan diari itu telah menyebabkan dirinya pening dan keliru.

Apakah rahsia itu? Bagaimanakah caranya Dew mencari kembali identiti dirinya yang telah dikelirukan oleh diari kepunyaan Jeremy itu? Berjayakah Camie membantu ‘tuan’nya menyelesaikan masalah itu?



Tak menyesal beli buku ni,memang kelakar gila lah.Boleh belajar bahasa Jepun sikit-sikit melalui buku ni.Hehe.